arwah papa yang dirindui..
sahabat yang disayangi dan dirindui ....

salam ramadhan semua,
hari ini hari ke 5 kita berpuasa.syukur alhamdulillah kita masih berpeluang utk menikmati amalan puasa di bulan yang penuh keberkatan ini.
dan rasanya masih belum terlambat utk saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua dan diharapkan kita semua mendapat pahala berganda2 daripada amalan kita pada bulan Ramadhan ini..
ramadhan kali ini saya rasa cukup berbeza..tidak dapat nk dizahirkan apa yang ada dalam hati tetapi saya rasa ada sesuatu yang hilang, yang tak cukup dalam kehidupan saya pada kali tambahan pada bulan ramadhan ini..
sesuatu yang hilang yang pasti tidak dapat dicari, yang tidak dapat dibeli di mana2, yang tidak ada pengganti...
ramadhan yang tidak bermakna bagi saya iaitu tidak bermakna utk saya terlalu gembira dalam membuat persiapan, tidak terlalu gembira utk meraikannya...persiapan utk syawal..
saya harap syawal lambat tiba...biar sahaja ramadhan yang ada....
syawal ini pasti menuntut air mata kesedihan, kerinduan yang sama saya rasai sekarang..
kerana itu, biar jer ramadhan yang ada utk memberi saya kekuatan berpanjangan..ramadhan yang memberi semangat yang kuat...
saya rindu pada apa saja yang berlaku pada ramadhan tahun2 sebelum ini...rindu pada suasana sekeliling, rindu pada persekitaran, rindu pada sahabat dan segalanya,
semalam telah ku panjatkan doa mohon pada NYA utk memberi aku kekuatan menempuh segala dugaan, cabaran dan apa jua perasaan yang hadir ketika ini..
ya tuhan ku, hanya engkau yang maha mengetahui segalanya..berikan saja aku kekuatan utk bertahan demi kepentingan semua...ku percaya ada sesuatu yang baik akan engkau persembahkan kepada ku suatu hari nanti....
AL- FATIHAH ditujukan kepada arwah papa yang telah hampir 3 tahun meninggalkan kami semua dan kepada arwah along yang cukup setahun meninggalkan aku keseorangan di alam fana ni...
wslm,
No comments:
Post a Comment